Kepada Pelanggan GITN,
Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan. Seperti yang anda ketahui Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) telah diluluskan pada tahun 2010 dan telah berkuatkuasa pada 15 November 2013. GITN menghargai privasi pelanggan kami dan dalam usaha untuk memastikan pematuhan kepada Akta tersebut kami ingin menarik perhatian anda kepada dasar privasi GITN seperti berikut:
Apakah Maklumat Peribadi Kami Kumpul?
Jika anda memilih untuk bertransaksi dengan GITN iaitu untuk melanggan mana-mana produk dan / atau perkhidmatan atau penggunaan Portal GITN, anda mungkin dikehendaki untuk memberikan [nama anda, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, cara perhubungan pilihan anda].
Anda juga perlu memberikan persetujuan eksplisit anda untuk pemberian maklumat peribadi seperti yang dinyatakan di atas dalam bentuk dan cara seperti yang dinyatakan dalam proses pendaftaran, dan jika anda gagal berbuat sedemikian, anda tidak akan dapat untuk melanggan produk dan / atau perkhidmatan atau mendaftar untuk menggunakan Portal kami.
Bagaimanakah Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda?
Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk pemprosesan bagi semua produk dan / atau perkhidmatan berkaitan dan analisis untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Selanjutnya, kami juga akan memproses maklumat peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:-
- menilai permohonan atau perkhidmatan berterusan untuk produk dan / atau perkhidmatan (yang mana berkenaan);
- menyesuaikan iklan-iklan dan kandungan di laman web GITN;
- memberi respon kepada pertanyaan-pertanyaan anda;
- penyelidikan termasuk untuk tujuan sejarah dan statistik;
- operasi-operasi am dan penyelengaraan produk dan / atau perkhidmatan yang diberikan termasuk audit dan laman-laman web yang berkaitan;
- pengesahan;
- memadankan apa-apa data yang dipegang oleh GITN atau syarikat induk, TM yang berkaitan dengan anda dari masa ke semasa;
- membekalkan anda dengan komunikasi dari masa ke semasa daripada GITN, yang berkaitan dengan produk dan / atau perkhidmatan yang diberikan; dan
- siasatan aduan, transaksi-transaksi yang mencurigakan dan penyelidikan untuk pembaikan perkhidmatan dan produk.
Dengan mengemukakan maklumat anda kepada GITN, anda mengizinkan dan memberi kuasa kepada GITN untuk memperolehi dan mengesahkan apa-apa maklumat mengenai anda yang mungkin dikehendaki oleh GITN yang berkaitan dengan pemohonan anda untuk mana-mana produk dan / atau perkhidmatan GITN dan/atau semakan akaun anda yang sedia ada dengan GITN, dari mana-mana pihak-pihak ketiga, terutamanya biro kredit atau agensi rujukan. Keizinan dan pemberian kuasa di sini akan dilanjutkan kepada apa-apa maklumat yang diperolehi dari mana-mana akaun yang dikekalkan untuk anda pada masa ini, apa-apa pemohonan baru untuk apa jua bentuk perkhidmatan yang diberikan atau produk yang diberikan oleh GITN, rekod sejarah kewangan atau kredit, data atau maklumat sama ada dibekalkan oleh diri sendiri atau dari sumber-sumber lain yang berhubungan dengan anda yang telah dikumpul, diterima, diambil, disusun, didapati dan/atau diperolehi oleh GITN dengan apa jua cara atau kaedah atau bentuk.
Pendedahan Maklumat Peribadi Anda
Jika anda memilih untuk mendaftar dan bertransaksi dengan GITN, maklumat peribadi anda mungkin akan dikongsi di mana perlu dan hanya atas dasar perlu tahu sahaja dengan syarikat induk, TM atau agensi-agensi TM supaya anda boleh dilayani dengan cara yang paling efisyen dan efektif. Contohnya, mungkin dari segi menyelesaikan atau menangani aduan-aduan yang memerlukan perhatian dan penglibatan daripada syarikat induk, TM atau agensi-agensi TM. GITN mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut untuk tujuan yang dinyatakan di atas:-
- pembekal-pembekal perkhidmatan atau ejen-ejen GITN yang terlibat dalam menyediakan produk dan / atau perkhidmatan;
- pihak ketiga (termasuk yang di luar negara) yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data;
- mana-mana agensi rujukan kredit atau, sekiranya berlaku kemungkiran, mana-mana agensi pemungutan hutang;
- mana-mana orang, yang berada di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengaku janji untuk memastikan data tersebut disimpan secara rahsia, yang telah dilantik oleh GITN untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada anda; dan
- mana-mana pemegang serah hak sebenar atau yang dicadangkan, penerima pindahan, peserta atau sub-peserta hak atau perniagaan GITN.
Maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berautoriti.
Maklumat peribadi anda mungkin akan didedahkan atas sebab-sebab undang-undang, proses-proses undang-undang, litigasi, dan/atau permintaan dari pihak berkuasa awam dan kerajaan dan pendedahan akan dibuat kepada pihak berkuasa awam dan kerajaan berkenaan sahaja. Kami juga mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai anda sekiranya kami menentukan bahawa pendedahan adalah perlu atau sesuai bagi tujuan keselamatan negara, penguatkuasaan undang-undang, atau isu-isu kepentingan awam.
Jika anda ingin meminta akses atau pembetulan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pusat Operasi Perkhidmatan GITN. Mana-mana permintaan akses untuk pembetulan maklumat peribadi mungkin tertakluk kepada fi dan juga peruntukan yang terpakai dalam PDPA. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk menolak permintaan untuk memproses yang menjejaskan keselamatan dan privasi maklumat peribadi orang lain serta permintaan yang tidak praktikal atau tidak dibuat dengan suci hati.
Jika anda memilih untuk menghadkan hak GITN untuk memproses maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pusat Operasi Perkhidmatan.
Kami boleh mengkaji semula dan mengemaskini dasar privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, perubahan dalam amalan perniagaan, prosedur dan struktur, dan perubahan jangkaan privasi masyarakat. Oleh kerana secara amnya ia adalah tidak praktikal untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan kepada dasar privasi ini, versi terbaru dasar privasi ini boleh didapati di www.gitn.com.my.
Pertanyaan atau Aduan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi ini, anda boleh menghubungi kami di www.gitn.com.my melalui bahagian Meja Bantuan kami.